Archive for the ‘pas’ Category

Shah Alam outing

November 5, 2008

Hari Ahad yang lepas, aku telah menemani seorang budak pempuan comel berjumpa dengan kawan2 nya. Aku pergi ambil die di rumah n then trus g SACC Mall. Sampai sana kawan2 die belum sampai. So, kami berjalan2 di dalam SACC Mall tu.

Selepas seketika, sampai la kawan2 die. Diorang nak g shopping bj kat PAS so aku ikut la. Tp memandangkan lama giler diorang pilih bj, so aku pn lari g jalan2. Tgk2 promosi kereta kat situ. Ingat nak angkat sebijik dua tp duit x der. Nk saving wat kawen. Hehehe….

Lps tu kami g makan Pizza Hut kat SACC Mall lg. Order 2 pizza regular, tp yang byk makan adalah aku. Mmg dah mcm tu la bile mkn bersama wanita2 yang jaga body ni, masing2 x makan byk. Especially pempuan comel yang aku teman ni. Kalu makan dengan die mesti aku akan makan banyak. Tp aku x kisah, aku mmg suka makan banyak pn n aku mmg suka makan ngan die. Hehehe….

Pastu kami pegi Plaza PKNS pulak. Die nk cari blause nk g keje. Aku pn ikut jer kemana diorang pegi. Sampai satu kedai, die terjumpa satu blause yang kaler coklat, nampak cantik la. Aku pn berkenan. Suh die g fitting room. Entah ape die buat dalam fitting room tu x tau la, jenuh aku tunggu kat luar ni.

Pastu die n kawan die berpisah, semua nk balik rumah masing2. Aku sugguest kat die kite g bali aiskrim McD n g duduk kat tepi tasik sambil mkn aiskrim. Mmg cantik suasana tasik tu ditambah lagi makan aiskrim bersama dengan die. Pasni kite nk g mane pulak? Erm… pikir2.

Ni aku letak beberapa gambar kat Tasik Shah Alam tu.

Em, barang2 yang di beli oleh si dia.

Macam2

July 29, 2008

Kan aku dah kate, mmg ada konspirasi. Aku dah x tau nk ckp ape. Korang baca la sendiri

http://malaysiakini.com/news/86841 .

Kerajaan corrupt? Najib corrupt? Aku rase Najib kena letak jawatan. Walaupun die belum lagi diputuskan bersalah dan tak akan diputuskan bersalah oleh mahkamah selagi kerajaan BN memerintah, tp scandal yang melanda beliau menyebabkan beliau menjadi kotor. Tau tak? Kotor giler.

PAS + UMNO = ???? . PAS memperjuangkan Islam, manakala UMNO memperjuangkan bangsa Melayu. Kalau korang orang Islam, pttnye korang sokong PAS, x kire Cina, India, Melayu. Kerana Islam adalah adalah agama syumul. Baik untuk dahulu dan sekarang. Mane lebih penting? Menjadi orang Islam atau menjadi orang Melayu? Tepuk dada tanye selera.

Kalau Pas dan Umno bergabung, dan memperjuangkan agama dan negara Islam menjadi agenda utama, tanpa mengira bangsa, insyaallah aku akan sokong gabungan ini, dengan syarat, pemimpin2 tertinggi Umno tidak memegang ape2 jawatan penting. Aku x percaya langsung kat diorang ni.

Takbir!!! Allahuakbar!!!

Adios, amigos.